DI Manakah Kecantikan Wanita Sholehah Sebenarnya?

 Beberapa hal yang perlu kita perhatikan agar wanita senantiasa istiqomah dalam menjaga kesholihannya…yaitu seperti di bawah ini :

• Sentiasa menjaga kehormatan diri dan menutup aurat.
Wanita solehah dalam perjalanan harian kehidupannya penuh dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Sentiasa menjaga kehormatan diri, menutup aurat, cukup berhati-hati di dalam percakapan, pergaulan dan tidak menimbulkan fitnah dan syak wasangka.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud ” Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. ” (Hadis Riwayat Muslim)

• Sentiasa menimba ilmu yang bermanfaat

Nabi SAW bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)

Wanita solehah mengharapkan balasan syurga daripada Allah SWT sebagai ganjaran paling tertinggi dan paling dikehendakinya. Maka wanita solehah akan sentiasa belajar dan menuntut ilmu yang bermanfaat sama ada ilmu fardu ain atau fardu kifayah, kerana sesiapa yang menutut ilmu akan dinaungi dan didampingi oleh para malaikat dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

• Sentiasa bersifat tawaduk dan membina rasa ukhwah.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala maksudnya : “(Mereka) keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka…” (Surah al-Fath ayat 29)

Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyuruh Nabi-Nya dengan firman-Nya yang bermaksud : “dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yaitu orang-orang yang beriman.” (Surah Asy-Syu’ara ayat 215)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Maukah kamu aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan di akhirat? Memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu”
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Jangan lupa di LIKE atau di SHARE ya, semoga menjadi DO’A kita untuk menjadi wanita soleha yang selalu dirindukan syurga. Amin ya Rabb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *